Pada penghujung filem Avengers: Endgame, Thor dilihat menyertai pasukan Guardians of the Galaxy untuk ke angkasa. Adegan ini membuatkan spekulasi yang sama ada ada Thor akan beraksi dalam filem sekuel Guardians of the Galaxy (GotG) atau pasukan GotG dalam filem Thor.

Tetapi filem Thor: Love and Thunder akan tiba terlebih dahulu iaitu pada Februari 2022. Jadi kalau kali terakhir Thor dilihat adalah di Endgame bersama dengan Star-Lord, Drax, Rocket, Groot, Mantis, dan Nebula dalam proses mencari Gamora – adakah bermakna kita akan lihat pasukan GotG beraksi dalam filem baharu Thor?

Nebula (lakonan Karen Gillan), Drax (lakonan Dave Bautista) dan Star Lord (lakonan Chris Pratt) dilaporkan sudah selesai sesi penggambaran untuk filem Thor 4. Sedangkan mereka baru sahaja dilaporkan memulakan penggambaran sekitar awal bulan ini. Ini berkemungkinan besar memberi petanda yang aksi pasukan GotG dalam filem Thor adalah sedikit. Mereka mungkin hanya sekadar melalukan penampilan khas.

Paling lucu pun apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah, Thor bersikap degil dan berlagak konon lebih hebat dari Star Lord dan akhirnya dicampak keluar dari kapal angkasa mereka. Cuma menjadi persoalan, New Asgard kini di bumi – jadi di manakah Thor dicampak (kalau benar) dan di manakah filem Thor 4 ini berlaku? Apa yang pasti, tema lucu dan aksi akan dikekalkan.

Kita semua tahu yang kebanyakan filem Marvel pasti akan memfokuskan banyak watak selain dari watak utama filem itu sendiri. Contoh, Spider-Man 1 dengan Iron Man, Captain America: Civil War pasukan Avengers, dan lain-lain lagi. Jadi dengan kemunculan pasukan GotG dalam filem Thor yang singkat, aksi antara Thor dan mereka yang lucu dan menggelikan hati pasti akan kurang.

Filem GotG 3 akan tiba selepas filem Captain Marvel 2, yang mana mungkin sekitar hujung 2022 atau pertengahan 2023. Banyak lagi masih dirahsiakan, sama-sama kita nantikan. Kerana kedua-dua Taika Waititi dan James Gunn telah bekerjasama untuk menjayakan kedua-dua filem ini.

Sohor Kini