Bulan Mac tahun 2019, Disney telah membeli Fox. Dengan itu semua syarikat produksi Fox, studio-studio, hak-hak IP pelbagai watak, francais filem – kini dimiliki Disney. Antara studio di bawah naungan Fox adalah Blue Sky Studios, iaitu studio yang menghasilkan francais filem Ice Age, Spice in Disguise, Ferdinand, Robots, Rio dan banyak lagi.

Terkini, Disney telah membuat keputusan untuk menghentikan operasi studio ini dan terus tutup. Blue Sky Studios dilaporkan bernilai sekitar $5.9 bilion iaitu sekitar RM23.8 bilion. Keputusan ini dilakukan kerana Disney tidak lagi mampu menampung beban sebuah studio akibat banyak kerugian ketika pandemik Covid-19 ini. Walaupun Disney dikira sebagai syarikat gergasi yang kaya, banyak mengaut keuntungan, banyak sumber pendapatan – mereka masih rugi seperti taman tema yang terpaksa ditutup, pelayaran Disney Cruise yang terpaksa berhenti seketika dan lain-lain lagi.

Pengasas-Pengasas Blue Sky Studios
Pengasas-Pengasas Blue Sky Studios

Sebanyak 450 pekerja Blue Sky Studios akan terjejas, tetapi Disney akan mencari jalan untuk menempatkan mereka semua ke studio-studio Disney yang lain. Studio ini dibangunkan oleh Chris Wedge, Michael Ferraro, Carl Ludwig, Alison Brown, David Brown dan Eugene Troubetzkoy pada Februari tahun 1987 dan akan tamat sepenuhnya pada April 2021. Selepas 34 tahun beroperasi dan berjaya mengaut keuntungan yang banyak – lebih-lebih lagi filem Ice Age: Dawn of the Dinosaurs pada tahun 2009 yang berjaya mengumpul $886 juta – iaitu sekitar RM3.5 bilion studio ini tamat riwayatnya.

Sohor Kini