Astro Go adalah platform penstriman video daripada Astro, yang mana memudahkan pelanggan sedia ada mengakses kandungan di mana-mana sahaja. Platform ini sudah lama wujud, tetapi sejak perang platform penstriman video bermula – Astro Go mula menjadi fokus.

Terkini, pelanggan baru yang melanggan Astro boleh terus menstrim Astro Go sebelum dekoder dipasang. Astro menyatakan, disebabkan pandemik Covid-19 pemasangan mungkin akan tertunda. Jadi sementara menantikan dekoder di pasang, nikmati lebih 60,000 kandungan Astro dari peranti Android, iOS atau komputer.

Antara saluran yang ditawarkan adalah TVN untuk akses siri TV Korea Selatan, Astro Ceria dan Astro Ria untuk akses siri Upin & Ipin dan Ejen Ali, HBO untuk saksikan pelbagai siri TV menarik seperti akan datang Justice League potongan Snyder (aplikasi HBO Go), saluran Astro Tutor TV untuk kemudahan PdPR dan banyak lagi.

200GB storan awan percuma turut diberikan berserta dengan kemampuan muat turun kandungan untuk akses luar talian melalui Astro Go.

Muat Turun Aplikasi Astro Go Di Play Store

Muat Turun Aplikasi Astro Go Di App Store

Tekan Sini Untuk Akses Melalui Pelayar Web

Sohor Kini