Pixar Kini Berusia 35 Tahun

Sebelum digelar sebagai Pixar, studio animasi terkenal ini menggunakan nama Graphics Group di bawah naungan Lucasfilm. Pada 3 Februari 1986, barulah Pixar menjadi satu entiti yang berasingan dengan bantuan Steve Job untuk dana. Walaupun sudah ada beberapa filem dengan Disney seperti Toy Story dan A Bug’s Life, Pixar masih studio tersendiri. Hanya pada 2006 barulah Pixar diserap ke dalam Disney, selepas mempunyai enam filem.

Terkini, Pixar sudah mencapai usia 35 tahun. Baru-baru ini mereka hadir dengan video montaj memperlihatkan perjalanan mereka dengan pelbagai filem yang telah dihasilkan. Daripada 1984, pelbagai filem ikonik, siri animasi, filem pendek, filem Disney+ terbaru seperti Soul dan banyak lagi. Setiap projek animasi yang Pixar hasilkan mempunyai sejarah menarik serta kisah persahabatan yang sukar untuk dilupakan.

Tahukah anda yang idea filem animasi A Bugs Life, Monsters, Inc., Finding Nemo, dan Walle-E dibentangkan secara serentak? John Lasseter, Andrew Stanton, Pete Docter, dan Joe Ranft sedang makan bersama, berbual bersama dan setiap idea filem ini dilakar pada helaian tisu sahaja. Hanya selepas 14 tahun barulah setiap filem ini direalisasikan.

Banyak lagi filem dan projek Pixar akan tawarkan untuk semua orang, seperti Luca mengenai perjalanan kehidupan seorang orang Itali dari mudah sehingga dewasa. Kemudian Turning Red yang mengisahkan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang berubah menjadi seekor panda merah, dan filem memfokuskan watak Buzz Lightyear – berjudul Lightyear. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini