Filem Cloverfield adalah filem daripada J.J. Abrams yang ditayangkan pada tahun 2008. Ia adalah mengenai bumi yang kini ditakluki raksasa dan makhluk asing, dan filem ini disampaikan dalam bentuk klip rakaman video yang ditemui. Kejayaan Cloverfield menghidupkan sebuah francais, sehingga mempunyai dua filem sampingan lain iaitu 10 Cloverfield Lane dan The Cloverfield Paradox. Dua filem ini juga turut membina nama Matt Reeves.

Terkini, J.J. Abrams ingin kembali hadir dengan sebuah filem untuk francais ini. Filem ini dikatakan adalah sekuel kepada Cloverfield, di mana Joe Barton akan menjadi penulis dan filem ini akan dihasilkan oleh studio Bad Robots dan Paramount. Joe Barton adalah antara rakan Matt Reeves, beliau juga adalah penulis bagi siri TV Gotham baharu untuk HBO Max yang memfokuskan dunia korupsi Gotham sebelum Batman beraksi.

Filem ini akan menggunakan format baru dan tidak lagi menggunakan format klip video yang ditemui. Ia akan memfokuskan kepada lima pemudah dalam sebuah kumpulan yang terlibat dengan sejumlah makhluk aneh dan raksasa. Antara pelakon filem ini adalah Lizzy Caplan dan T.J. Miller.

Tiada sebarang sinopsis penuh, senarai pelakon lain dan tarikh tayangan lagi. Apa-apa pun, terus ikuti kami di Aksiz.

Sohor Kini