The Flash adalah antara siri TV DC yang menjayakan konsep rentas-siri dan dunia yang bersambung antara satu sama lain – ArrowVerse. Siri TV ini tamat pada musim keenam dengan Iris yang masih terperangkap dalam dunia cermin MirrorVerse.
Musim ketujuh akan menamatkan plot musim keenam sebelum memulakan aksi baharu. Video acah pertama bagi musim ketujuh ini telah diperlihatkan oleh Entertainment Weekly. Dalam video acah ini, Barry bersungguh-sungguh mencari jalan masuk ke Mirrorverse bagi menyelamatkan Iris. Halangan Barry di sini adalah, kuasa beliau yang semakin menghilang.
Sekali lagi Mirror Mistres sebagai musuh utama akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan rancangan jahat beliau. Watak Killer Frost lakonan Danielle Panabaker juga akan kembali, selepas beliau dihentikan sementara untuk cuti bersalin. Jadi kita akan lihat Caitlin Snow/Killer Frost kembali beraksi dengan idea bijak dan kuasa ais beliau.
Mampukah Barry menyelamatkan Iris dengan baki 1% kuasa? Sama-sama kita nantikan.