Skip to main content

Netflix turut terkenal sebagai platform penstriman video yang menyiarkan banyak filem dan siri TV seram. Antara yang popular adalah siri antologi American Horror Story dan siri The Haunting of Hill House/Bly Manor. Terkini, Netflix bakal menyiarkan siri anotlogi seram baharu berasaskan siri novel The Midnight Club.

Siri antologi ini akan diarahkan dan dihasilkan oleh Mike Flanagan, iaitu individu yang menjayakan siri TV seram The Haunting Of. Siri ini akan menyertakan pelakon dari filem A Nightmare on Elm Street, Heather Langenkamp. Kemudian AdiaIgby RigneyRuth CoddWilliam Chris SumpterAya FurukawaAnnarah Shephard dan Sauriyan Sapkota akan memainkan peranan sebagai penyampai cerita. 

Zach Gilford (Friday Night LightsMidnight Mass), Samantha Sloyan (HushThe Haunting of Hill HouseMidnight Mass), dan Matt Biedel (Narcos: MexicoMidnight Mass) turut akan terlibat dalam siri antologi ini. Bagi yang tidak tahu, siri novel The Midnight Club ini ditulis oleh Christopher Pike. Ia mengisahkan kisah seram remaja pada tahun 80-an dan 90-an.

Siri TV ini juga mengisahkan sekumpulan pemuda yang berkongsi cerita seram. Mereka menjadikan aktiviti menyampaikan cerita ini sebagai satu ritual dan jika salah seorang daripada mereka mati terlebih dahulu, mereka harus menghubungi semula setiap ahli dari alam ghaib.

Buat masa ini tiada tarikh siaran lagi, tetapi apa yang pasti ia sudah berada dalam pembangunan fasa awal. Mike Flanagan baru sahaja selesai penggambaran siri TV Midnight Mass, iaitu siri seram lakonan Zach Gilford, Kate Siegel dan Hamish Linklater yang terperangkap dalam satu pulau dan peristiwa aneh mula berlaku selepas kedatangan seorang paderi misteri.

Siri TV ini juga akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply