Skip to main content

Dalam filem Avengers: Endgame, selepas Captain America/Steve Rogers kembali ke masa silam untuk pulangkan setiap satu Infinity Stone – beliau tidak pulan ke masa asal dan sebaliknya tinggal di masa silam dan hidup sehingga tua. Beliau kemudian serahkan penghadang Captain America kepada Falcon untuk menjadi pengganti Captain America.

Siapa yang mengikuti komik pasti tahu yang Falcon memang salah seorang Captain America baharu. Tetapi dalam siri TV The Falcon And The Winter Soldier, kerajaan tidak bersetuju Falcon sebagai pengganti Steve Rogers. Sebaliknya memilih John F. Walker sebagai Captain America baharu. Baru-baru ini, aplikasi MARVEL Collect! oleh Topps telah menawarkan koleksi kad baharu bersempena siri TV ini. Rekaan pengganti Captain America telah diperlihatkan. Watak ini dilakonkan oleh Wyatt Russell.

Bagi yang tidak tahu, John F. Walker adalah seorang penjahat yang digelar Super-Patriot. Beliau adalah senjata yang mempunyai kuasa dan kehebatan mirip Captain America tetapi nilai patriotik dan pandangan adalah negatif. Kemudian selepas beberapa peristiwa, beliau menjadi baik dan menjadi Captain America. Selepas Steve Rogers kembali beraksi sebagai Captain America, kerajaan mengubah beliau menjadi U.S. Agent.

Siri TV ini akan menceritakan bagaimana perjalanan watak ini menjadi Captain America. Atau adakah Disney mempunyai agenda lain dan menjadikan watak ini sebagai penjahat baharu? Salah seorang penjahat akan kembali beraksi iaitu, Baron Zemo. Apakah sebenarnya yang berlaku antara Falcon, Winter Solider dan John Walker? Bagaimana Baron Zemo boleh kembali terlibat?

Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply