Tahun lepas, Netflix secara tidak sengaja mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri animasi 3D Sonic The Hedgehog. Pada ketika itu, tiada butiran jelas mengenai animasi ini, seperti jalan cerita atau jumlah episod. Terkini laporan dari Deadline, telah memberi kemaskini mengenai siri animasi ini.
Animasi Sonic The Hedgehog ini akan mempunyai 24 episod, tetapi tidak dinyatakan berapa musim. Ia adalah animasi yang memfokuskan kepada penonton berusia 6-11 tahun. Animasi ini akan memfokuskan kepada pengembaraan watak Sonic ke rentas-dunia. Ada sesuatu yang aneh berlaku ketika pengembaraan ini dan Sonic bukan sahaja perlu menyelamatkan dunia tetapi turut ingin menebus kesilapan diri.
Siri animasi ini akan dihasilkan oleh studio WildBrain, SEGA dan juga studio Man of Action – iaitu studio yang bertanggungjawab dalam animasi Ben 10 dan Big Hero 6. Tiada informasi mengenai senarai pelakon suara, rekaan animasi dan tarikh siaran – sama-sama kita nantikan.