Jika anda peminat siri novel fiksyen, anda pastinya mengenali siapakah Neil Gaiman. Beliau cukup terkenal untuk novel-novel fiksyen seperti American Gods, Good Omens, Coraline dan sebagainya dimana ia telahpun diolah menjadi filem ataupun siri televisyen.

Terkini, Netflix telah mengumumkan bahawa mereka akan membiayai aksi nyata salah satu novel paling popular yang ditulis beliau, iaitu The Sandman.

Walaupun tarikh penyiaran siri filem ini masih tidak diketahui lagi, pihak Netflix telah mengesahkan sejumlah nama-nama para pelakon yang akan memainkan watak didalam siri televisyen tersebut.

Netflix mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan butiran lanjut mengenai The Sandman dalam masa terdekat ini.

Sebagai peminat penulisan Neil Gaiman, saya boleh katakan bahawa adaptasi aksi nyata The Sandman ini adalah diantara siri televisyen yang saya sangat nanti-nantikan selepas American Gods tiba di Amazon Prime TV.

Sohor Kini