Borderlands adalah permainan video dunia terbuka pandangan pertama tembak-menembak yang tiba pada 2009 oleh Gearbox Software dan diterbit oleh 2K Games untuk banyak platform. Garis masa permainan video ini adalah di masa hadapan iaitu 2864 AD, di mana banyak syarikat besar ingin mengawal pelbagai planet untuk memonopoli mineral dan sumber lain. Salah satu syarikat besar ini adalah Atlas Corporation, di mana mereka telah menemui senjata-senjata pelik milik makhluk asing.

Antara watak utama dalam permainan ini adalah Roland dan Lilith. Tahun lepas, permainan video ini dikatakan akan diadaptasi menjadi filem aksi nyata dan Kevin Hart dipilih sebagai salah seorang pelakon untuk filem ini. Terkini, kita akhirnya menerima serba sedikit butiran yang mana Kevin Hart dilaporkan akan memainkan watak Roland. Lilith pula dilaporkan mungkin akan dilakonkan oleh Cate Blanchett.

Filem ini akan diarahkan oleh Eli Roth dan ditulis oleh penulis siri TV Chernobyl Craig Mazin. Avi Arad dan Ari Arad akan menerbit melalui syarikat produksi Arad Productions. Tiada butiran lain mengenai filem ini, seperti senarai pelakon lain, sinopsis dan tarikh siaran/tayangan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini