Fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) baru sahaja bermula minggu lepas. Rancangan pertama adalah WandaVision, iaitu kisah Wanda dan Vision yang tersangkut di dalam realiti ciptaan seakan sitkom klasik. WandaVision dijangka akan menjadi tiitk permulaan filem Dr. Strange 2, Spider-Man 3 dan dikatakan adalah saat di mana Mutant mula muncul dalam dunia MCU.

Teyonah Parris iaitu pelakon yang memainkan watak Monica Rambeau dewasa adalah antara yang akan memainkan peranan penting untuk filem-filem dan siri TV MCU fasa keempat. Siri TV ini turut akan menceritakan kisah silam Monica seperti apa yang beliau laku sehingga terlibat dengan S.W.O.R.D. Monica juga akan menjadi wirawati baharu dunia MCU di mana akan berganding bahu dengan Captain Marvel dan Ms. Marvel dalam filem Captain Marvel 2 kelak.

Filem Captain Marvel 2 masih belum memulakan penggambaran. Ms. Marvel akan menjadi fokus utama terlebih dahulu yang mana turut akan mempunyai penglibatan beliau. Teyonah Parris masih tidak mengenali sepenuhnya watak beliau dan tidak pasti wirawati mana yang beliau akan mainkan. Dalam komik, Monica pernah menjadi Captain Marvel, Photon, Pulsar dan Spectrum.

Dalam episod 3 WandaVision, Monica dicampak keluar dari realiti sitkom Wanda. Masih tidak pasti siapa yang mencipta realiti palsu ini, adakah Wanda atau Mephisto. Monica dijangka menerima kuasa apabila dicampak keluar dari realiti ini. Apakah watak beliau sebenarnya? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini