Selama 11 tahun, 23 filem dan tiga fasa – filem-filem MCU telah berlaku. Filem terbesar mereka adalah Avengers: Endgame dan tamat dengan filem Spider-Man: Far From Home. Fasa keempat baru sahaja bermula, iaitu dengan siri TV WandaVision. Fasa keempat akan menjadi lebih epik, gempak dan ikonik.

Fasa keempat begitu besar kerana siri TV dan filem akan berkait dengan jelas dan terlampau banyak filem dan siri TV dirancang sehinggakan Kevin Feigi tidak boleh nyatakan bila fasa keempat akan tamat.

Baru-baru ini Marvel berkongsi di Twitter mengenai filem-filem mereka. Adegan ikonik mana yang diinspirasi dari komik. Marvel bandingkan antara kedua-duanya agar peminat tahu yang Marvel masih akan memuaskan hati peminat dengan membawa adegan-adegan ini ke aksi nyata. Bagi yang ingin tahu komik mana yang Marvel ambil untuk hasilkan filem dan adegan mana – anda boleh tonton video di atas dan mungkin cari di ComiXology untuk membaca komik yang diinginkan.

Sohor Kini