Winx Club adalah siri animasi fantasi Itali-Amerika mengenai pari-pari yang disiarkan pada tahun 2004. Pasaran global, ia disiarkan melalui saluran Nickelodeon. Ia adalah antara siri animasi yang popular dan diminati ramai.
Terkini, Netflix bakal hadir dengan satu siri TV mengenai Winx Club. Tetapi ia adalah siri TV aksi nyata dengan penyampaian cerita yang lebih serius, seram dan gerun. Judul siri TV ini adalah Fate: The Winx Saga. Siri TV ini menyertakan pelakon seperti Abigail Cowen sebagai Bloom, Hannah van der Westhuysen sebagai Stella, Precious Mustapha sebagai Aisha, Eliot Salt pula sebagai Terra, Elisha Applebaum menjadi Musa, dan Sadie Soverall memainkan watak Beatrix.
Siri TV ini mempunyai enam episod, atau Netflix gelar katakan mempunyai enam bahagian. Ia mengisahkan lima pari-pari yang menyertai Alfea, iaitu sekolah magis dan fantasi yang berada di Otherworld. Mereka semua berada di sini untuk belajar mengasah ilmu magis mereka. Di sini mereka menemui cinta, musuh dan raksas. Siri TV ini dihasilkan oleh Brian Young, iaitu individu di sebalik The Vampires Diaries.
Ia akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 22 Januari 4 petang.