Minggu lepas, video acah musim kedua siri TV Snowpercer dipertontonkan. Musim kedua kita akan dapat melihat pasukan Andre menentang pasukan Mr. Wilford. Lakonan Sean Bean juga dilihat menarik, menjadi persoalan kejam manakah versi Mr. Wilford ini?

Deadline baru sahaja melaporkan yang siri TV ini akan diteruskan dengan musim ketiga. Siri TV ini dilihat meraih perhatian orang ramai, jadi mereka berani untuk teruskan. Sebelum siri TV, Snowpiercer adalah filem. Kedua-dua filem dan siri TV diadaptasi dari grafik novel Le Transperceneige.

Musim kedua akan disiarkan pada 26 Januari di Netflix. Di mana seminggu satu episod untuk siri TV ini. Sama-sama kita nantikan musim kedua terlebih dahulu. Informasi lanjut siri TV ini untuk musim ketiga mungkin akan didedahkan selepas tamat musim kedua.

Sohor Kini