Kemaskini 2: Youtube tidak lagi menawarkan filem-filem percuma untuk pengguna di Malaysia. Dengan kata lain, ia kembali seperti tawaran sebelum ini dan mungkin tersilap ditawarkan secara global.
Kemaskini: Senarai penuh untuk filem dan juga dokumentari boleh diakses melalui pautan ini, dan ia menyenaraikan 500 filem/dokumentari. Selamat menonton.
Beberapa tahun lepas, Youtube telah menawarkan sebilangan filem secara percuma dengan iklan, akan tetapi tawaran tersebut terhad untuk beberapa negara sahaja. Baru-baru ini, sedang kami melayari laman web YouTube – kami sedari beberapa video atau filem yang di-cadang dari saluran ini boleh diakses di Malaysia.

Sebilangan filem telah ditawarkan secara percuma dan ada yang percuma bersama iklan, akan tetapi pada percubaan kami iklan tidak dipaparkan. Namun, buat masa ini kami tidak dapat mengakses channel YouTube Movies sendiri untuk melihat senarai penuh, oleh itu anda boleh melakukan carian “YouTube Movies” dan tonton dari senarai carian dan juga ruangan cadangan apabila membuka satu filem.
Jika anda ingin tonton filem The Terminator seperti tangkapan skrin di atas, ada boleh lakukannya di pautan ini dan ia boleh membawa anda kepada pelbagai filem lain.
Semasa laporan awal mengenai tawaran ini, dikatakan terdapat seratus filem dan ia bertambah dari tahun ke tahun. Dengan kami tidak mempunyai cara untuk melihat kesemua filem yang ditawarkan, kami cuma boleh menjangkakan yang ia mempunyai lebih daripada seratus filem sekarang ini.
Setakat ini, kebanyakan filem yang kami temui adalah filem yang lama dan jika anda ingin mencari sesuatu filem lama yang ingin ditonton kami cadangkan anda membuat carian di Youtube, filem tersebut mungkin sebahagian daripadanya.
Sumber: Amanz