Watak General Swanwick mula muncul dalam filem Man of Steel. Ia dilakonkan oleh Harry Lennix. Pada awalnya, beliau sangkakan yang watak ini adalah untuk satu filem sahaja. Beliau terkejut apabila diarahkan untuk kembali dalam filem Batman v. Superman: Dawn of Justice dan menyebabkan beliau keliru dengan identiti watak ini.

Harry turut menyatakan semasa dalam temuramah dengan Collider, yang beliau sepatutnya akan berlakon dalam filem Justice League semasa Zack Snyder masih mengarah. Disebabkan sibuk dengan penggambaran siri TV The Blacklist, beliau tidak sempat hadir penggambaran dan Joss Whedon sudah mengambil-alih. Kini beliau mengesahkan yang beliau sudah pun selesai sesi penggambaran untuk filem Justice League potongan Zack Snyder.

Ini bermakna, selama ini General Swanwick adalah J’onn J’onzz, atau lebih dikenali sebagai Martian Manhunter. Akhirnya kita akan dapat lihat watak ini beraksi seperti mana yang Zack Snyder idamkan. Ini adalah kali pertama watak ini beraksi dalam bentuk aksi nyata dalam filem. Sebelum ini ia dimainkan oleh Phil Morris dalam siri TV Smallville dan oleh David Harewood dalam siri TV Supergirl dunia Arrow-verse.

Sohor Kini