Musim kedua Umbrella Academy adalah kesinambungan yang lebih menarik, kerana bermain dengan rentas-masa. Siri TV membuatkan semua watak ini mengubah masa silam. Ini menjadikan garis masa kacau bilau dan mengubah perkara sebenar yang berlaku.

Sebaik sahaja mereka kembali ke masa sebenar, Umbrella Academy dilihat tidak lagi wujud dan telah digantikan dengan Sparrow Academy. Lebih mengejutkan, bapa mereka masih hidup. Sparrow Academy juga pada awalnya disangkakan pelakon yang sama memainkan watak, tetapi nampaknya berbeza. Netflix telah mendedahkan senarai pelakon pasukan Sparrow Academy.

Senarai pelakon baru adalah Justin Cornwell, Britne Oldford, Jake Epstein, Genesis Rodriguez dan Cazzie David. Seroang lagi ahli, iaitu Ben kekal dimainkan oleh Justin H. Min. Tetapi Ben dalam Sparrow Academy masih hidup bukannya roh sahaja.

Imej lagi satu diperlihatkan adalah batu. Tetapi tidak pasti sama ada batu ini adalah ciptaan bapa mereka atau objek asing yang mempunyai asal-usul yang pelik.

Sohor Kini