Pelawak dan pelakon komedi popular, Kevin Hart baru-baru ini dilaporkan telah menandatangani sebuah kontrak dengan Netflix dalam perjanjian yang akan berterusan selama beberapa tahun.

Melalui syarikatnya, HartBeat Productions, Kevin Hart dilaporkan akan berlakon dalam empat filem eksklusif di platform Netflix. Kevin Hart bukanlah satu nama yang asing lagi, dan beliau memang sudahpun bekerjasama dengan Netflix sebelum ini, khususnya untuk rancangan komediri beliau tahun lepas, Zero F*cks Given.

HartBeat Productions bukanlah sebuah syarikat perfileman yang tidak diketahui. Sebelum rancangan komediri beliau, ia juga telah mengeluarkan filem-filem seperti Night School dan juga biografi Kevin Hart: Don’t F*ck This Up.

Sohor Kini