Skip to main content

Bagi anda yang bermain permua KartRider Rush+, hari ini Nexon mengumumkan musim kelima buat permainan tersebut bermula di mana ia menyertakan pelbagai kandungan baharu dan perlumbaan bertemakan angkasa lepas dan galaksi.

Menurut Nexon, antara kandungan baharu yang tiba adalah kenderaan Pengsoo Kart, Rolling Saucer, Cyber Burst dan juga Dark Knight yang dinantikan oleh peminat.

Selain dari kandungan kenderaan kart baharu, pemain juga boleh melakukan pelbagai cabaran baharu yang ditambah di litar Energy Arena di mana pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran seperti Raw Stones untuk digunakan untuk dapatkan Alien Driftmoji dan sebagainya.

Musim kelima ini juga akan menyertakan dua watak baharu iaitu Taki dan Galaxy Rider Uni bersama dengan litar baharu iaitu Jump Point dan Combat Airfield.

Sebelum ini kami juga melaporkan yang mana permua tersebut telah mencapai jumlah muat-turun sebanyak 10 juta muat-turun di iOS dan Android. Bagi anda yang ingin mencuba permua ini, anda boleh muat-turunnya di bawah.

Muat-Turun iOS: KartRider Rush+

Muat-Turun Android: KartRider Rush+

Leave a Reply