Skip to main content

Star Citizen, permainan komputer simulasi angkasa yang juga merangkap permainan yang paling banyak dibiayai pada nilai $340 juta (RM1.4 bilion) yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 masih belum tiba lagi.

Janji awal pembangunnya, Roberts Space Industries ialah mereka akan memperkenalkan kempen penceritaannya terlebih dahulu, iaitu Squadron 42 menggunakan enjin grafik binaan mereka sendiri, yang akan memperlihatkan sedikit sebanyak corak permainan tersebut.

Sayangnya Squadron 42 juga terkena tempias sumpahan Star Citizen ini, dimana RSI mengumumkan bahawa ujian beta permainan tersebut masih belum siap dan akan memerlukan jauh lebih banyak masa untuk ditunjuk kepada orang ramai.

Menurut Chris Roberts, sebab utama permainan tersebut ditunda ialah kerana wabak COVID-19 yang memaksa ramai daripada pembangun-pembangun Squadron 42 bekerja dari rumah, dan ini menyukarkan mereka untuk mencapai sasaran mereka sendiri.

Sayangnya, RSI tidak mengumumkan bilakah pemain akan boleh mencuba Squadron 42 buat masa sekarang, dan satu-satunya cara untuk orang ramai mencuba Start Citizen ialah melalui ujian alpha mereka.

Leave a Reply