Konsol generasi terbaru Sony PlayStation 5 telah dilancarkan sekitar sebulan yang lalu, dan terkini, Digitimes telah membuat anggaran bahawa konsol tersebut telah terjual sebanyak 3.4 juta unit secara global.
Sony PlayStation 5, konsol paling berkuasa keluaran Sony setakat ini menjanjikan kemampuan grafik yang cukup berkuasa, dimana ia mampu menggerakkan permainan pada resolusi 4K dan 8K dengan kadar segar semula 120FPS dan juga menyokong HDR dan Ray-tracing.
Jumlah jualan 3.4 juta unit ini juga boleh dikatakan terhad akibat wabak COVID-19 yang menular dan memaksa pengeluaran konsol ini dikurangkan.
Walaupun begitu, jumlah jualan tersebut adalah tinggi jika ingin dibandingkan penjualan konsol generasi yang lepas. Digitimes juga menjangkakan yang konsol tersebut akan mencecah jumlah jualan melebihi 18 juta pada tahun 2021.