Awal hari ini kami telah melaporkan bahawa Among Us merupakan diantara permainan paling popular yang boleh dimainkan di Steam, bersama-sama dengan platform peranti pintar, menjadikannya antara permainan yang paling laris di platform tersebut walaupun ia dikeluarkan dua tahun yang lepas.
Laporan daripada SuperDataResearch yang baru-baru ini mengeluarkan laporan mengenai jualan permainan pada bulan November 2020 mengatakan bahawa Among Us mempunyai jumlah pemain aktif tertinggi setakat ini, pada dengan 500 juta pemain.
Hadir pada platform PC dan permua, laporan tersebut turut mengatakan bahawa permainan tersebut pada platform PC yang mempunyai tanda harga RM12.50 di Steam menyumbang sebanyak 64 peratus daripada hasil pendapatan InnerSloth, tetapi hanya merangkumi tiga peratus daripada jumlah pemain pada bulan tersebut.