Mike Flanagan adalah pengarah yang hebat. Siri seram antologi “The Haunting..” seperti The Haunting of Hill House dan The Haunting of Bly Manor adalah antara karya beliau yang hebat. Kedua-dua siri ini mempunyai elemen Christopher Nolan sedikit seperti bermain dengan masa dan juga mimpi.

Terkini, Mike Flanagan telah mengeluarkan kenyataan – buat masa ini tiada perancangan untuk siri baru “The Haunting”. Mike akan fokus kepada projek-projek Intrepid Pictures untuk tahun 2021 dan ke atas. Tetapi jika kelak ada perubahan, beliau akan umumkan.

Bagi yang tidak tahu, Intrepid Pictures turut mempunyai banyak pengalaman dalam filem seram. Antara penglibatan mereka adalah dengan filem Doctor Sleep dan Eli.

Sohor Kini