Seperti diumumkan sebelum ini, bermula semalam Epic Games Store akan menawarkan 1 permainan percuma setiap hari, selama 15 hari bersempena dengan sambutan Krismas tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan sehingga 11:59 malam setiap hari;

  • Hari 1 (sehingga 18 Disember) – Cities Skyline [Pautan]
  • Hari 2 (sehingga 19 Disember) – Oddworld: New ‘n’ Tasty [Pautan]

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini