Semalam CD Projekt Red, syarikat pembangun di belakang permainan Cyberpunk 2077 telah meminta maaf keatas isu-isu yang sedang membelenggu permainan tersebut, khususnya pada konsol permainan Sony PlayStation 4 dan juga Microsoft Xbox One.

Dalam pengumumkan tersebut, mereka mengatakan bahawa kemaskini untuk memperbaiki permainan tersebut di konsol-konsol ini pada bulan Januari dan Februari kelak.

Tetapi, jika mana-mana pemain merasakan bahawa mereka tidak mahu menunggu untuk kemaskini tersebut, mereka boleh meminta pulangan wang daripada pihak Sony ataupun Microsoft jika mereka membeli edisi digital Cyberpunk 2077.

Seperti yang dijangka, terdapat ramai pemain yang ingin mendapatkan pulangan wang mereka semula, tetapi ada yang telah mengadu bahawa Sony tidak membenarkan segelintir pemain untuk mendapatkan pulangan wang mereka.

Menurut perkhidmatan pelanggan Sony, mereka yang telah memuat-turun dan menstrim permainan tersebut tidak berhak meminta pulangan wang, dan meminta pemain-pemain ini untuk menunggu kemaskini yang dikatakan oleh pihak CD Projekt Red.

Studio permainan tersebut sudahpun mengetahui tentang isu yang dihadapi pengguna, dan telah meminta mereka yang ingin memainkan permainan tersebut untuk menghantar emel kepada [email protected] sebelum 21 Disember untuk mendapatkan pulangan wang mereka.

Sohor Kini