Skip to main content

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa filem Mortal Kombat arahan James Wan akan ditunda tayangannya akibat wabak COVID-19 yang mengganggu jadual penggambaran.

Terkini, akaun Twitter rasmi Mortal Kombat telah mengesahkan bahawa filem tersebut akan tiba di pawagam dan juga platform penstriman HBO Max pada 16 April 2021 kelak.

Buat masa ini, penggambaran Mortal Kombat masih belum siap lagi, tetapi nampaknya filem tersebut sudahpun memasuki fasa akhir penggambaran dan HBO nampaknya yakin akan menyiapkan filem tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Leave a Reply