Pada Jumaat lepas, Disney telah memperkenalkan sejumlah besar filem dan siri televisyen untuk francais Star Wars dan juga Marvel Cinematic Universe.

Di acara Disney Investor Day tersebut, syarikat penerbitan hiburan terbesar di dunia tersebut turut memperkenalkan beberapa filem Disney yang lain, diantaranya ialah Chip ‘n Dale Rescue Rangers yang berdasarkan siri televisyen animasi Disney yang diperkenalkan sekitar era 1990-an.

Filem Rescue Rangers ini dilaporkan akan dibintangi oleh Andy Samberg (Brooklyn Nine-Nine) dan John Mulaney (Saturday Night Live) dan akan ditayangkan pada suku kedua 2022 kelak.

Watak Chip akan dimainkan oleh John Mulaney, manakala Dale akan dibintangi Andy Samberg. Watak-watak Rescue Rangers lain seperti Gadget Hackwrench, Monterey Jack dan Zipper tidak diketahui lagi buat masa ini.

Tidak banyak yang diketahui mengenai filem ini, tetapi menurut laporan Variety, ia akan menggabungkan lakonan aksi nyata bersama-sama dengan animasi.

Selain daripada dua pelakon utama ini, filem Rescue Rangers ini akan diarah oleh Akiva Schaffer, yang merupakan salah satu daripada ahli kumpulan komedi The Lonely Island disamping Andy Samberg.

Sohor Kini