Skip to main content

Ketika acara The Game Awards 2020 hari ini, Square-Enix mengumumkan permainan mudah-alih (Permua) Just Cause: Mobile akan dilancarkan sekitar tahun hadapan di iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=tdsn7YaX1OY&feature=emb_title

Menurut kenyataan rasmi Square-Enix, Just Cause: Mobile akan menyertakan bentuk permainan beraksi dan penuh dengan letupan seperti siri Just Cause dan pada masa yang sama menyertakan mod multi-pemain yang pemain boleh bermain secara koperasi ataupun bertempur sesama sendiri di dalam talian.

Selain dari penceritaan sendiri di dalam dunia yang sama dengan Just Cause, permainan ini juga mempunyai bentuk seakan pertempuran royale di mana pemain akan bertempur sebanyak 30 pemain serentak di dalam 3 pasukan untuk mendapatkan markah tertinggi. Ia juga akan menyertakan pelbagai jenis senjata, kenderaan dan semestinya cangkuk dan payung terjun seperti permainan asal Just Cause.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.

Leave a Reply