Ketika acara The Game Awards 2020 sebentar tadi, Studio Wilcard mengumumkan sekuel kepada permainan ARK: Survival Evolved iaitu ARK II akan dilancarkan.
Namun, dari segi informasi platform dan tarikh pelancarna, mereka masih belum mengumumkan secara rasmi. Menariknya, melalui video acah yang dikongsi di bawah, permainan tersebut kelihatan akan dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal iaitu Vin Diesel.
Pada masa yang, Studio Wildcard juga umum siri animasi ARK: The Animated Series juga turut akan dihasilkan dan informasi lanjut akan diumumkan kemudian.