Ketika acara The Game Awards 2020, Xbox Game Studios dan The Initiative mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali siri Perfect Dark dengan permainan baharu di konsol Xbox Series dan PC.

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan permainan Perfect Dark, ia merujpakan siri permainan penembak pandang pertama yang mula dilancarkan di Nintendo 64 oleh Rare dan kemudian siri tersebut diteruskan dengan permainan Perfect Dark Zero di Xbox 360 yang mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain dan boleh dikatakan salah satu siri klasik oleh Microsoft.

Dengan membawa kembali siri ini, The Initiative menyatakan yang mana mereka akan mengekalkan elemen perisik buat permainan tersebut dan pengumuman lanjut akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini