Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Turtle Rock Studios iaitu pembangun untuk siri Left 4 Dead, mengumumkan yang mana mereka akan menghasilkan permainan bertemakan penembak zombi koperasi baharu, Back 4 Blood.
Kini ketika acara The Game Awards 2020, mereka akhirnya memperlihatkan video acah rasmi permainan tersebut termasuklah beberapa bentuk permainannya.
Seperti permainan mereka sebelum ini, Back 4 Blood akan memfokuskan bentuk penembak zombi secara koperasi sebanyak empat pemain di mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh-musuh zombi termasuklah musuh zombi yang mempunyai kemahiran yang berbeza.
Selain dari bentuk koperasi, seperti Left 4 Dead, permainan ini juga akan menyertakan bentuk pemain lawan pemain di mana pemain boleh bermain sebagai zombi ataupun manusia di mana kedua-dua belah pihak mempunyai senjata dan kemahiran tersendiri.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menonton bentuk permainannya di bawah.
Back 4 Blood dijaduakan untuk dilancarkan di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 22 Jun 2021.