Disney hari ini menganjurkan ‘Hari Pelabur’ untuk studio mereka dan telah melakukan pelbagai pengumuman mengenai perancangan kandungan bagi tahun-tahun depan. Mereka telah berkongsi lanjut mengenai filem seterusnya untuk siri Indiana Jones.
Filem kelima Indiana Jones akan diarahkan oleh James Mangold iaitu pengarah untuk filem Ford vs Ferrari. Ini akan menjadikan filem Indiana Jones pertama yang tidak menerima sentuhan Steven Spielberg selepas beliau menarik diri sebelum ini.
Harrison Ford akan terus membawa watak ikonik ini dan ia dijangka tiba pada Julai 2022.