Cyberpunk 2077 baru sahaja dilancarkan pada awal pagi tadi untuk pemain yang mendapatkannya di Steam, dan tampaknya ia tidak mengambil masa yang lama untuk pemain menjelajah Night City.
Berdasarkan data yang yang dikongsi oleh SteamDB, Cyberpunk 2077 telah mencatat lebih 1 juta pemain serentak, dan semasa penulisan artikel ini, ia masih mempunyai 950 ribu pemain yang sedang bermain.
Dengan jumlah tersebut, ia meletakkan Cyberpunk 2077 di tempat keempat untuk rekod pemain serentak di belakang PUBG, Counter Strike dan Dota 2, dengan kata menjadikan ia adalah permainan solo tertinggi untuk rekod ini.
Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.