Skip to main content

Dengan pelancaran permainan Cyberpunk 2077 minggu ini, hari ini CD Projekt Red berkongsi satu video khas yang memperlihatkan dunia permainan tersebut dengan sudut pandangan watak pemain iaitu V, di mana ia memperlihatkan pelbagai watak-watak yang akan pemain temui dan beberapa adegan aksi permainan tersebut.

Menariknya, pada penghujung video tersebut, di minit 2:09, CD Projekt Red juga berkongsi satu mesej tersembunyi khas di mana mereka memberi beberapa ucapan dan mengumumkan DLC percuma akan tiba buat pemain pada awal tahun hadapan.

Melalui teks di atas, CD Projekt Red menyatakan yang mana mereka berterima kasih kepada semua peminat yang menanti permainan tersebut dan dengan pelancaran siri permainan baharu selain The Witcher, mereka juga menyatakan bahawa mereka amat gembira dan berasa gementar pada masa yang sama.

Selain itu, melalui teks yang sama CD Projekt Red juga menyatakan bahawa mereka telah mempelajari banyak daripada penambahan permainan The Witcher 3 sebelum ini seperti Hearts Of Stone dan Blood And Wine, di mana penambahan untuk Cyberpunk 2077 semestinya akan menyertakan lebih banyak kandungan penceritaan untuk pemain.

Meskipun begitu sebelum mereka berkongsi informasi lanjut berkenaan penambahan tersebut, CD Projekt Red menyatakan yang mana mereka akan melancarkan DLC percuma pada awal tahun hadapan, seperti mana yang mereka lancarkan di permainan The Witcher 3 di mana mereka akan menyertakan beberapa pek DLC percuma.

Mereka juga berharap setelah pemain tamat bermain permainan tersebut untuk berkongsi pengalaman bermain terutamanya berkenaan pengembaraan watak V oleh pemain melalui laman sosial rasmi mereka.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply