Aspyr Media hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Star Wars: Knight Of The Old Republic II The Sith Lords (Star Wars: KOTOR II) yang dilancarkan hampir 20 tahun lepas di peranti telefon pintar iOS dan Android pada 18 Disember 2020 ini.
Star Wars KOTOR II semestinya satu permainan sekuel yang sangat terkenal di mana ia bertempatkan 5 tahun selepas permainan pertama di mana ia sekali lagi memfokuskan peperangan antara Sith dan Jedi.
Menurut laman rasmi iOS, permainan tersebut akan dijual dengan harga RM59.90 dan ia akan menyertakan beberapa kawalan khas yang dihasilkan untuk versi permainan mudah-alih seperti sokongan skrin sesentuh.
Pra-Tempah iOS: Star Wars KOTOR II
Pra-Tempah Android: Star Wars KOTOR II