Skip to main content

September lepas, Ubisoft mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Prince Of Persia dari tahun 2003 sebagai permainan olahan semula pada bulan Januari ini.

Terkini, Ubisoft mengumumkan yang mana permainan tersebut akan ditunda sehingga 18 Mac 2021 ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi akaun Twitter Prince Of Persia, Ubisoft menyatakan yang mana mereka memerlukan masa untuk membangunkan permainan tersebut dan melancarkannya dalam keadaan optimum.

Dengan apa yang berlaku sepanjang tahun 2020 ini dicampur dengan kebanyakan pembangun bekerja dari rumah, semestinya ini adalah satu pengumuman yang tidak mengejutkan. Meskipun begitu, sekurang-kurangnya ia tidaklah ditundakan kepada tarikh yang begitu lama dan hanya selama 2 bulan sahaja.

Prince Of Persia: The Sands Of Time Remake akan tiba di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Uplay dan Epic Games Store.

Leave a Reply