Wattam Akan Tiba Di Steam Pada 18 Disember Ini

Setelah melancarkan permainan Wattam di Epic Games Store dan PlayStation 4 sebelum ini, minggu ini Annapurna INteractive dan Funomena mengumumkan permainan tersebut turut akan tiba di Steam pada 18 Disember 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Wattam merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh bekas pembangun siri Katamari Damacy iaitu Keito Takahashi di mana ia meletakkan pemain untuk membantu datuk bandar “Mayor” untuk menghasilkan timbunan dan rantaian pelbagai watak seperti Sushi, Flower, Cloud dan Poop dan menghasilkan satu kumpulan Wattam untuk membawa mereka kembali ke rumah.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang 18 Disember ini melalui Steam. Manakala versi Epic Games Store dan konsol PlayStation 4 telah pun dilancarkan sebelum ini.

Sohor Kini