Semasa perbincangan bersama dengan pelabur, Piotr Nielubowicz, Ketua Pengawal Kewangan CD Projekt mengatakan yang jumlah pra-tempah adalah lebih tinggi berbanding dengan mana-mana siri The Witcher, termasuk juga The Witcher 3.

Selain itu, beliau juga merasakan yang pemain akan lebih memilih untuk mendapatkan permainan tersebut secara digital. Walaupun masih terlalu awal untuk melakukan jangkaan, beliau boleh katakan yang lebih 50% pembelian peringkat awal pelancaran adalah secara digital.

Secara jangka masa panjang pula, jumlah pembelian secara digital akan terus meningkat berbanding secara fizikal. Ini adalah berdasarkan permainan mereka sebelum ini, di mana majoriti pendapatan The Witcher 3 adalah daripada pembelian secara digital, dan 99% untuk The Witcher serta The Witcher 2 adalah pembelian digital.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 10 Disember ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini