Apple sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menarik balik pengharaman aplikasi penstriman permainan pada platform iOS, tetapi dengan kaveat bahawa setiap permainan yang memasuki platform tersebut harus disahkan oleh Apple terlebih dahulu.

Dalam percubaan untuk memintas perkara tersebut, Google mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan platform aplikasi web khusus yang boleh diakses oleh pelanggan Stadia melalui pelayar web Safari.

Microsoft juga dikatakan akan melakukan perkara yang serupa dengan aplikasi xCloud mereka, tetapi Google akan mula menguji aplikasi web tersebut dalam masa terdekat ini.

Ini adalah langkah yang menarik daripada kedua-dua syarikat teknologi ini kerana dengan menggunakan aplikasi web, Google dan Microsoft (dan mungkin NVIDIA) tidak terikat kepada syarat-syarat Apple jika perkhidmatan tersebut diakses melalui pelayar web dan bukan aplikasi yang dimuat-turun daripada Apple App Store.

Sohor Kini