Musim Ketiga The Umbrella Academy Diumumkan Oleh Netflix

The Umbrella Academy adalah siri TV asli Netflix yang diadaptasi dari komik. Ia mengisahkan sekumpulan adik beradik yang masing-masing mempunyai kuasa luar biasa dan perlu menyelamatkan diri dan dunia dari berlakunya kiamat.

Siri TV ini baru sahaja menyiarkan musim kedua beberapa bulan lalu. Seperti biasa, ia berakhir dengan banyak persoalan. Antaranya adalah, bagaimana musim ketiga akan berlaku? Adakah mereka akan teruskan bermain dengan masa? Siapakah sebenarnya Sparrow Academy? Terkini, Netflix telah mengumumkan yang The Umbrella Academy akan diteruskan dengan musim ketiga.

Berdasarkan apa yang Netflix ciap, musim ketiga dilihat akan terus bermain dengan rentas-masa. Kita mungkin akan lihat pertempuran antara Umbrella Academy vs Sparrow Academy. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini