Konsol permainan moden kini bukan sahaja digunakan untuk memainkan permainan-permainan, tetapi juga sebagai pusat multimedia ruang tamu yang tidak memakan terlalu banyak ruang.
Apple TV baru-baru ini mengumumkan bahawa aplikasi Apple TV akan tiba pada konsol-konsol Microsoft Xbox Series X dan Series S pada 10 November kelak, apabila konsol ini dilancarkan.
Dalam pada itu, konsol-konsol Microsoft ini juga mengumumkan bahawa ia akan menyokong sejumlah besar perkhidmatan penstriman video, dan ini termasuklah:
- Amazon Prime Video
- Disney+
- FandangoNow
- HBO Max
- Hulu
- NBC Peacock
- NOW TV
- Netflix
- Sky Go
- Sky Ticket
- Spotify
- Twitch
- Vudu
- YouTube
- YouTube TV
Dalam pada itu, jika anda melanggan Disney+ ataupun Vudu, konsol-konsol ini tiba dengan sokongan untuk teknologi Dolby Vision dan Dolby Atmos jika anda mempunyai paparan dan pembesar suara yang menyokongnya.