Sean Connery, bintang lakonan popular yang telah melakonkan watak-watak utama didalam filem-filem terkemuka seperti James Bond, The Hunt For Red October, The Rock dan The Untouchables telah disahkan meninggal dunia pada hari ini.
Menurut beberapa laporan, pelakon berumur 90 tahun tersebut telah meninggal didalam tidurnya secara aman. Sean Connery juga baru sahaja menyambut hari jadinya pada bulan Ogos yang lalu.
Berasal dari Scotland, karier Sean Connery mula melonjak apabila beliau diberi watak James Bond selepas melakonkan watak-watak sampingan sekitar tahun 1950-1060an.
Beliau kemudiannya memainkan watak James Bond didalam lima filem pertama siri Agent 007, termasuklah Dr. No (1962), From Russia with Love (1963), Goldfinger (1964), Thunderball (1965), and You Only Live Twice (1967).
Nama beliau dikenali di seluruh dunia, dan lakonan beliau masih lagi ditonton orang ramai pada 1990-an ke awal 2000 melalui filem-filem seperti The Hunt For Red October, The Rock dan Finding Forrester.
Pada tahun 2000, beliau juga dinobatkan dengan gelaran “Sir” oleh Permaisuri Elizabeth II. Sean Connery telah memeriahkan industri perfileman sepanjang hayat beliau, dan kami sedih diatas pemergiannya.