Skip to main content

Pada tahun 2016, sebuah filem seram/ngeri/suspen iaitu Don’t Breathe ditayangkan. Ia diarahkan oleh Fede Álvarez dan turut memenangi anugerah. Filem ini adalah satu filem rompakan yang tidak berjaya, di mana dari rompakan menjadi pembunuhan. Sambil itu, banyak rahsia terdedah.

Filem ini dihasilkan oleh Sony dan pada filem pertama ia membawakan pelakon seperti Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, dan juga Stephen Lang. Terkini Sony telah mengumumkan yang filem ini akan menerima sekuel – “Don’t Breathe 2“. Ia akan ditayangkan pada 13 Ogos 2021.

Setakat ini hanya Stephen Lang sahaja sudah mengesahkan penglibatan beliau. Menurut beliau, sesi penggambaran beliau sudah pun tamat. Senarai pelakon lain dan sinopsis cerita masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Filem sekuel ini juga tidak akan diarahkan oleh Fede Álvarez. Sebaliknya rakan beliau yang juga meruipakan penulis bersama filem pertama – Rodo Sayagues akan menjadi pengarah.

Sumber: Screenrant

Leave a Reply