Ubisoft hari ini mengumumkan perkhidmatan baharu yang lebih menyeluruh untuk mengurus akaun Ubisoft anda iaitu Ubisoft Connect. Di mana ia akan menggabungkan perkhidmatan sebelum ini iaitu Uplay untuk PC dan Ubisoft Club untuk konsol.

Bagi yang sudah menggunakan Uplay, ia akan mengekalkan kebanyakan fungsi yang sama seperti melihat kemajuan permainan, tahap profil serta mata pengalaman yang boleh ditebus untuk mendapatkan pelbagai ganjaran seperti hiasan skrin dan juga barangan di dalam permainan.

Penambahan melalui Ubisoft Connect adalah ia kini akan menggunakan profil yang sama tidak kira anda mengakses-nya daripada platform yang berbeza. Ia juga akan membantu untuk menyertakan fungsi rentas-platform bagi permainan multi-pemain dan fungsi rentas-kemajuan untuk permainan-permainan terbaru seperti Watch Dogs Legion dan Assassin’s Creed Valhalla.

Bagi fungsi rentas-platform ia membolehkan anda bermain permainan multi-pemain bersama dengan rakan di platform yang lain, termasuk juga untuk PlayStation dan Xbox. Manakala fungsi rentas-kemajuan ia membolehkan anda meneruskan permainan yang sama di beberapa platform berbeza.

Ubisoft Connect akan mula tiba bersama dengan pelancaran Watch Dogs Legion iaitu pada 29 Oktober ini untuk PlayStation 4, Xbox One, PC, Switch, iOS dan Android.

Sohor Kini