Sony Interactive Entertainment hari ini memuat-naik satu video khas yang memperlihatkan rekaan dan komponen dalaman PlayStation 5 secara rasmi.

Melalui video tersebut, Sony juga memperlihatkan bagaimana konsol cara untuk memasang konsol tersebut dalam keadaan menegak dan juga baring. Kelihatan pemegang konsol tersebut perlu diskru dan digunakan untuk mana-mana kedudukan yang anda tetapkan.

Salah satu rekaan yang menarik minat kami adalah fungsi lubang khas yang membenarkan pemilik konsol ini untuk mencuci habuk. Melalui lubang penangkap habuk tersebut, segala habuk-habuk yang terlekat boleh di vakum terus melaluinya.

Selain itu, Sony juga memperlihatkan ruangan yang anda boleh letak storan tambahan melalui SSD NVMe di mana untuk mengaksesnya, anda hanya perlu membuka lapisan tepi konsol tersebut dan membuka ruangan storan sahaja.

Selain itu, kelihatan kedua-dua lapisan putih kiri dan kanan tidak langsung mempunyai sebarang komponen dan boleh dibuka begitu sahaja. Dengan ini kami meramalkan pada masa akan datang, Sony mungkin akan melancarkan set lapisan tersebut secara berasingan dengan pelbagai rekaan dan warna berlainan.

Selain itu, storan dalaman juga disahkan berada di papan induk konsol tersebut dan menariknya ia mempunyai sistem penyejuknya mempunyai saiz heatsink yang sangat besar dengan penggunaan cecair besi. Dengan penggunaan ini, semestinya konsol PlayStation 5 akan menjadi lebih sejuk berbanding konsol PlayStation 4 sebelum ini.

Bagi keseluruhan video tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini