Tidak dinafikan yang dunia filem DCEU adalah terlampau kacau bilau dan teruk. Ia tiada kesinambungan yang baik jika dibandingkan dengan MCU, kebanyakan filem mempunyai jalan cerita yang tidak menarik serta tidak mempunyai dunia yang membuatkan orang setia menonton. Tetapi perkara ini mungkin akan diubah selepas filem The Flash lakonan Ezra Miller ditayangkan.

Semasa DC FanDome, Walter Hamada telah menyatakan yang dunia filem DC akan mempunyai dunia utama iaitu “Earth Prime” dan dunia-dunia lain yang mana berlakunya filem Joker, filem The Batman arahan Matt Reeves dan sebagainya. Salah seorang penerbit filem The Flash, iaitu Barbara Muschietti – filem ini akan memulakan semula dunia DCEU tetapi tidak akan melupakan apa-apa. Secara tidak langsung mengesahkan lagi konsep rentas-dunia dalam DC. Kerana semua filem DC yang “gagal” masih wujud dan berlaku di dunia ini, tetapi The Flash akan memulakan sesuatu yang baru.

Ini kerana filem The Flash akan mengikut jalan cerita dari komik dan animasi Flashpoint. Ia adalah di mana The Flash kembali ke masa silam dan menyelamatkan ibunya yang dibunuh. Secara tidak langsung mencipta satu garis masa baharu atau dunia baru. Ia dikatakan mungkin semasa The Flash sedang menuju ke masa silam ini, beliau akan bertemu dengan Batman versi Michael Keaton.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, The Flash akan mempunyai kuasa baru yang mana akan mula diperlihatkan dalam filem The Snyder Cut of Justice League. Kemudian, The Flash juga akan banyak bermain dengan konsep rentas masa dan rentas dunia. Perkara ini dilihat agak menarik, tetapi mampukah DC mencipta satu dunia yang boleh bersaing dengan MCU? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini