Siri fiksyen sains Altered Carbon boleh dikatakan diantara siri Netflix yang mempunyai ramai pengikut kerana lakon layarnya yang menarik dan juga latar belakang yang cantik.
Sayangnya, selepas hanya dua musim siri televisyen ini keudara di Netflix, syarikat tersebut telah membuat keputusan untuk membatalkan rakaman musim-musim akan datang.
Menurut laporan, ini adalah kerana kos yang diperlukan untuk merakam siri tersebut yang sangat mahal. Menurut Joel Kinnaman yang memainkan watak utama musim pertama siri tersebut, kos membangunkan musim pertama Altered Carbon sahaja adalah lebih mahal daripada perbelanjaan tiga musim pertama Game of Thrones yang digabungkan.
Ini bukanlah kali pertama Netflix telah membatalkan siri televisyen akibat kos yang meningkat. Sebelum ini, Sense8 juga menjadi mangsa pemotongan belanjawan Netflix kerana kos penggambaran yang sangat tinggi dimana siri tersebut dirakam di pelbagai negara dan memakan belanja yang tinggi.