Epic Games hari ini mengumumkan perubahan harga tetap untuk V-Bucks iaitu mata wang digital bagi permainan Fortnite. Potongan harga ini adalah sebanyak 20%, contohnya jika sebelum ini harga 1000 V-Bucks adalah $9.99 ia kini boleh didapati dengan harga $7.99.
Pembelian di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC akan terus mendapat potongan harga tersebut. Manakala untuk pembelian di peranti pintar iOS dan Android, harga baharu tersebut hanya boleh didapati dengan pembelian secara terus dan tidak melalui App Store ataupun Play Store. Buat masa ini pembelian secara terus di peranti pintar tidak disokong di Malaysia.
Pembelian secara terus melalui App Store ataupun Play Store masih lagi menggunakan harga lama kerana Epic Games mengatakan mereka terpaksa membayar 30% caj kepada Apple dan Google.
Jika anda menggunakan Android, anda boleh dapatkan harga diskaun tersebut jika melakukan pembelian melalui aplikasi Epic Games Store ataupun melalui Samsung Galaxy Store.
Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga peranti pintar iOS serta Android.