Tron adalah filem klasik 1980-an yang sekuelnya diteruskan pada tahun 2010. Ia adalah filem mengenai Kevin Flynn seorang pembangun berjaya yang terperangkap dalam permainan video Tron. Dunia di dalam permainan ini digelar Grid, yang mana dalam filem sekuel Tron: Legacy – anak beliau Sam turut terperangkap di dalamnya. Kini sudah 10 tahun berlalu, akhirnya kedengaran yang Disney akan hadir dengan filem ketiga pula.

Filem ini menurut Jared Leto, sebelum ciapan di Twitter dipadam berjudul Tron: Ares. Tetapi itu mungkin akan berubah, kerana tiada kepastian lagi. Dalam laporan Deadline baru-baru ini, filem Tron ini telah menerima pengarah – Garth Davis. Beliau sebelum ini banyak terlibat dengan filem-filem Indie, yang mana Tron mungkin adalah projek paling besar beliau. Filem ini juga masih lagi dalam pembangunan awal dan tiada butiran mengenai siapakah pelakon lain selain Jared Leto.

Jared Leto juga selama ini hanya berdiam diri sahaja dan hanya baru-baru ini beliau mengaku dan jelaskan penglibatan beliau dalam filem ini. Menurut Jared, Tron adalah filem dan permainan video ketika beliau masih kanak-kanak dan sangat gembira kerana terlibat dengan filem itu.

Sohor Kini